Thursday, May 6, 2010

Intisari mesyuarat MGB Selangor yang dihadiri oleh Pn. Rohaidah Mohd. Ali, Guru Besar SK Kota Warisan (sumber daripada blog Aida Ali):

1) 10 Jun 2010 - Mesyuarat Agung Perwakilan MGB Selangor ke-15 di Kelab Shah Alam. Tuan rumah Petaling Perdana. Sepang : 1 pegawai + 7 perwakilan
2) 27 - 30 Jun 2010 - Mesyuarat Agung Perwakilan Gabungan MGB Malaysia di Hotel Heritage, Ipoh, Perak. Ketua Kontingen Selangor : En. Mohd Alwan (Gombak)
3) 16 Julai 2010 - YDP MGB Selangor bersara wajib. Majlis persaraan akan diadakan di SK Bukit Badong sebelah petang
4) 15 Mei 2010 - Gotong Royong Perdana sempena Hari Guru. Semua sekolah perlu menghantar laporan bergambar
5) 17 Mei 2010 - Sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Sekolah 2 sesi boleh buat sambutan di sebelah pagi
6) 27 Mei 2010 - Hari Guru peringkat negeri di Gold Coast, Klang
7) 15 Mei 2010 - tarikh tutup penghantaran borang Program Pengsiswazahan Guru Besar IAB & KPM yang merupakan tahun terakhir. Umur maksimum - 48 tahun
8) Cadangan penaiktarafan gred Guru Besar:
* GB Sekolah Kurang Murid (SKM) - DGA34
* Semua GB yang lain - DGA38
* GB DGA38 akan menjadi DGA40 (GB Kanan) dan tukar ke Sekolah Berprestasi Rendah
9) Peperiksaan Setara UPSR (Program Peningkatan Prestasi Akademik):
* 1 - 3 Jun 2010 (PPPA 1)
* 19 - 21 Julai 2010 (PPPA 2)
Soalan akan dihantar oleh pembekal pada 24, 25 dan 26 Mei 2010 mengikut zon. Bagi Sepang, telah ditetapkan : SK Sg. Pelek, SK Taman Seroja dan SK Dengkil.
Maklumat lanjut akan saya maklumkan kemudian (entah bilalah pulak dan tak tau bila nak kumpul & beritahu semua ahli).

No comments:

Post a Comment