Sunday, October 24, 2010
Thursday, May 6, 2010
Intisari mesyuarat MGB Selangor yang dihadiri oleh Pn. Rohaidah Mohd. Ali, Guru Besar SK Kota Warisan (sumber daripada blog Aida Ali):
1) 10 Jun 2010 - Mesyuarat Agung Perwakilan MGB Selangor ke-15 di Kelab Shah Alam. Tuan rumah Petaling Perdana. Sepang : 1 pegawai + 7 perwakilan
2) 27 - 30 Jun 2010 - Mesyuarat Agung Perwakilan Gabungan MGB Malaysia di Hotel Heritage, Ipoh, Perak. Ketua Kontingen Selangor : En. Mohd Alwan (Gombak)
3) 16 Julai 2010 - YDP MGB Selangor bersara wajib. Majlis persaraan akan diadakan di SK Bukit Badong sebelah petang
4) 15 Mei 2010 - Gotong Royong Perdana sempena Hari Guru. Semua sekolah perlu menghantar laporan bergambar
5) 17 Mei 2010 - Sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Sekolah 2 sesi boleh buat sambutan di sebelah pagi
6) 27 Mei 2010 - Hari Guru peringkat negeri di Gold Coast, Klang
7) 15 Mei 2010 - tarikh tutup penghantaran borang Program Pengsiswazahan Guru Besar IAB & KPM yang merupakan tahun terakhir. Umur maksimum - 48 tahun
8) Cadangan penaiktarafan gred Guru Besar:
* GB Sekolah Kurang Murid (SKM) - DGA34
* Semua GB yang lain - DGA38
* GB DGA38 akan menjadi DGA40 (GB Kanan) dan tukar ke Sekolah Berprestasi Rendah
9) Peperiksaan Setara UPSR (Program Peningkatan Prestasi Akademik):
* 1 - 3 Jun 2010 (PPPA 1)
* 19 - 21 Julai 2010 (PPPA 2)
Soalan akan dihantar oleh pembekal pada 24, 25 dan 26 Mei 2010 mengikut zon. Bagi Sepang, telah ditetapkan : SK Sg. Pelek, SK Taman Seroja dan SK Dengkil.
Maklumat lanjut akan saya maklumkan kemudian (entah bilalah pulak dan tak tau bila nak kumpul & beritahu semua ahli).

Thursday, March 4, 2010
Cikgu Zu bertukar
Sedih rasanya menerima berita Cikgu Zunaidah PK Kokurikulum akan bertukar ke SK Kg. Baru Lanjut. SK Dengkil merasa kehilangan yang cukup besar. Apa sebabnya saya tak tahu namun saya percaya segala yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin laluan Cikgu Zu akan lebih mudah selepas ini. Kami ucapkan terima kasih kepada cikgu kerana khidmat cemerlang selama ini. Minta maaf jika ada salah dan silap dan selamat maju jaya.
Monday, March 1, 2010
Mesyuarat Agung PIBG kali ke32 SKD
Persembahan yang menghiburkan pimpinan guru-guru muzik
Tuan Pengarah menyampaikan sijil kepada AJK PIBG sesi 2009/2010
Alhamdulillah pada 28 Februari 2010, Mesyuarat Agung PIBG telah selesai diadakan. Segalanya lancar cuma kehadiran ibu bapa agak kurang memuaskan. Guru-guru telah membuat persediaan dengan begitu baik. Pengarah Pelajaran Selangor, Tuan Sulaiman bin Wak telah sudi merasmikannya. Turut hadir adalah Pegawai Pelajaran Sepang, Tuan A.Rahman bin Ngit. Terima kasih semua..
Saturday, February 20, 2010
Pengarah Pelajaran Selangor

Inilah Pengarah Pelajaran Selangor mulai 01 Februari 2010 menggantikan Dr. Zahri Abd. Aziz yang dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, KPM. Tuan Sulaiman bin Wak, sebelum ini adalah Mantan Pengarah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Selamat Datang kepada Tuan Pengarah, semoga kehadiran tuan ke Selangor akan meningkatkan lagi prestasi pendidikan di Negeri Selangor dan terus menjadi pemangkin untuk pendidikan di Selangor terus Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.
Warga SK Dengkil mengucapkan tahniah dan selamat bertugas kepada Tuan Sulaiman bin Wak di atas pelantikan sebagai Pengarah Pelajaran negeri Selangor yang baru.
Mesyuarat Agong PIBG kali ke 32
Inilah Pengarah Baru Selangor Mulai 01 Februari 2010. Tuan Sulaiman bin Wak, sebelum ini adalah Mantan Pengarah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Selamat Datang kepada Tuan Pengarah, semoga kehadiran tuan ke Selangor akan meningkatkan lagi prestasi pendidikan di Negeri Selangor dan terus menjadi pemangkin untuk pendidikan di Selangor terus Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.Mesyuarat tersebut akan diadakan pada hari Ahad ini, 28 Februari 2010 bertempat di Dewan Sekolah SK Dengkil. Mesyuarat akan dirasmikan oleh Encik Sulaiman bin Wak, Pengarah Pelajaran Selangor pada jam 8.30 pagi. Semua guru dan staf adalah diwajibkan hadir. Semua ibu bapa/penjaga murid adalah dijemput dan dialu-alukan hadir. Segala kerjasama diucapkan terima kasih.
Wednesday, February 3, 2010
Kejohanan Sukan Tahunan dan Sukaneka kali ke 32
Hari Sabtu ni, 6 Febuari adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh semua murid iaitu Kejohanan Sukan Tahunan dan Sukaneka akan dijalankan. Hampir 2 minggu semua murid berpeluang menjalani sukantara dalam pelbagai acara. Perasmi yang akan hadir adalah YB Dato' Marsum Paing, ADUN kawasan Dengkil. Semua ibu bapa/penjaga dialu-alukan hadir untuk memeriahkan lagi Sukan Tahunan pada tahun ini. Terima kasih kepada warga SK Dengkil kerana telah bertungkus lumus menyediakan persiapan hari tersebut. Doakan segalanya lancar dan selamat.
Subscribe to:
Posts (Atom)