Sunday, August 9, 2009

Kekangan masa

Oleh kerana kekangan masa, saya akan banyak menulis coretan berkenaan sekolah dalam blog saya: impiansuri.blogspot.

Saya memohon maaf di atas kesulitan ini.

Saturday, June 27, 2009

Lawatan murid asrama

Seronok sungguh mereka kerana dibawa melawat Pulau Langkawi, Kedah pada 26-28 Jun. Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi pengalaman dan peluang kepada mereka mengenali tempat tumpuan pelancongan di negara kita. Disamping itu, program ini diharapkan dapat memberi motivasi kepada mereka agar lebih berdisiplin dan lebih bersemangat untuk belajar dengan tekun.

Monday, April 27, 2009

Pra sekolah Johan Sukan Daerah sepang

Tahniah kepada 25 orang anak-anak pra sekolah serta Cikgu Anazira dan Ton juga pada PK Koku Cikgu Zu dan guru-guru lain yang sama-sama melatih mereka. Harapan agar mereka juga cemerlang dalam aspek intelek, rohani, emosi dan sosial.

Nanti Cikgu belanja makan special ya.

Tuesday, April 14, 2009

Ujian PERMATA Pintar UKM

Semua ibu bapa dan guru diharapkan dapat melawat laman web ini dan bagi peluang anak-anak kita yang berumur 9 hingga 15 tahun membuat ujian saringan di alamat berikut;

http://www.permatapintar.com.my/


Utusan Online
Sekolah diminta bantu kesan murid cerdas

KUALA LUMPUR: Jabatan Pelajaran diminta bekerjasama dengan pihak sekolah untuk memastikan murid sekolah berusia sembilan tahun hingga 15 tahun menjalani Ujian Permata Pintar, yang bertujuan mengenal pasti kanak-kanak pintar cerdas bagi mengikuti Program Permata Pintar Negara.

Penaung Program Permata Pintar Negara, Datin Seri Rosmah Mansor, berkata sejak program itu dilancarkan pada 2 Mac lalu, hanya 20,000 pelajar daripada 140,000 pelajar yang dikategorikan sebagai pintar dan cerdas di seluruh negara menjalani ujian berkenaan.

“Mengikut pakar bidang ini, dianggarkan lima peratus daripada kanak-kanak di bawah umur 14 tahun adalah kanak-kanak pintar cerdas. Ini bermakna berdasarkan jumlah penduduk Malaysia dalam lingkungan usia empat tahun hingga 10 tahun, mereka yang masuk dalam kategori itu dianggarkan berjumlah 140,000.

“Tetapi, sebahagian besar yang menjalani ujian ini pula terdiri daripada pelajar berusia 13 tahun hingga 15 tahun. Kita mahu ujian ini dilakukan semua pelajar dan tidak terhad kepada satu kaum saja.

“Justeru, kita mohon kerjasama daripada Pengarah Pelajaran Negeri serta guru di seluruh negara untuk memastikan murid terbabit mengambil Ujian Permata Pintar UKM 1 secara online sama ada di sekolah mahu pun di rumah,” katanya pada selepas melancarkan pelaksanaan Program Permata Pintar Negara, di sini, semalam.
Hadir sama, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Md Dom dan Naib Canselor UKM, Prof Datuk Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin.

Rosmah yang juga isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, setakat ini hanya 1,900 pelajar yang berjaya menamatkan ujian saringan, Ujian Permata Pintar UKM 1 dalam tempoh satu jam dengan markah tertinggi adalah 68 daripada markah penuh 140.

Beliau berkata, Ujian Permata Pintar UKM 1 membolehkan pihaknya mengenal pasti murid yang layak untuk mengikuti peringkat ujian saringan seterusnya iaitu Ujian Permata Pintar UKM 2 dan UKM 3.

Katanya, semua tiga ujian saringan yang dilaksanakan itu setara dengan ujian IQ yang diguna pakai di negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia.
“300 pelajar yang mencapai markah yang ditetapkan akan dipelawa menyertai program Perkhemahan Cuti Sekolah kendalian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada Disember depan.

“Ia bakal menjadi perkhemahan kanak-kanak pintar cerdas pertama di negara ini, yang menggunakan kurikulum pendidikan yang disediakan UKM serta Centre for Talented Youth (CTY), Universiti John Hopkins (UJH), Amerika Syarikat,” katanya.




Sumber dari Bernama Online
April 13, 2009 17:09 PM
Pelajar Bijak Dicari Untuk Program Permata Pintar Negara
KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini melancarkan Program Permata Pintar Negara bagi mencari bijak dan cerdas dari seluruh negara untuk dipupuk agar menjadi golongan intelek pada masa hadapan.

Rosmah, yang juga penaung program itu, berkata walaupun terdapat lebih 140,000 orang pelajar dalam kategori pintar dan cerdas di seluruh negara, cuma 20,000 yang tampil menjalani ujian saringan sejak program itu digerakkan pada 2 Mac lepas.

"Mereka melalui tiga ujian saringan yang dilaksanakan setara dengan ujian IQ yang diguna pakai di negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia," katanya kepada pemberita selepas melancarkan serta menyerahkan brosur pelaksanaan program itu kepada Pengarah Pelajaran Negeri di Subang Jaya dekat sini.

Rosmah berkata semua Pengarah Pelajaran Negeri diminta mengenal pasti pelajar pintar dan cerdas berumur antara sembilan dan 15 tahun untuk menjalani ujian saringan itu.

Seramai 300 pelajar yang berjaya mencapai keputusan tertinggi dalam ujian saringan itu dipilih mengikuti Program Perkhemahan dua minggu pada Disember ini di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk dilatih oleh fasilitator dalam tiga bidang iaitu Matematik, Sains dan Penulisan Kreatif.

-- BERNAMA

Thursday, April 9, 2009

Dapat rewiring

(technician JKR sedang memeriksa ncb)

Hari ganti sekolah dan perjumpaan ibu bapa

Sabtu ni 11 April adalah hari ganti persekolahan sempena cuti Hari Raya Puasa. Semua murid dikehendaki hadir pada sesi pagi.

Kepada ibu bapa yang dijemput, diharapkan dapat meluangkan masa hadir ke sekolah untuk pertemuan dengan guru kelas dan guru-guru mata pelajaran. Mudah-mudahan akan memberi manfaat kepada anak-anak kita.

Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada tuan/puan atas sokongan pada hari Sukan baru-baru ini.

(Atas arahan JPNS hari sekolah ganti ditangguh ke tarikh 25 April 2009)

Sunday, April 5, 2009

Kejohanan Sukan Tahunan

(rumah Bendahara yang segak bergaya)
(rumah Shahbandar yang gagah perkasa)
(perarakan Puteri Islam yang segak dengan uniform)
(kelihatan Cikgu Azaedah mendahului perbarisan pasukan Pengakap)
Temasya tersebut telah selesai diadakan pada 4 April 2009. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Tahniah dan terima kasih kepada seluruh warga SK Dengkil terutama guru-guru, staf dan murid-murid.

Wednesday, March 4, 2009

Jemputan Mesyuarat AJK PIBG

MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG KALI 1 2009/2010
Tarikh : 7 Mac 2009
Hari : Sabtu
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Dengkil
Agenda mesyuarat:
3.1 Ucapan Yang Dipertua PIBG
3.2 Ucapan Penasihat
3.3 Pengesahan minit mesyuarat
3.4 Perkara berbangkit
3.5 Laporan kewangan
3.6 Membincangkan usul Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 31
3.7 Perlantikan Biro 2009/2010
3.8 Perancangan aktiviti 2009/2010
3.9 Temasya Sukan Tahunan SK Dengkil 2009
3.10 Hal-hal lain

Semua ajk adalah dijemput hadir.

Keputusan MSSD Sepang

Walaupun di UKM, saya masih dapat info daripada PK. Terbaru adalah info daripada Cikgu Zunaidah, keputusan atlet SKD dalam MSSD Sepang yang sedang berlangsung dari 3,4 dan 5 Mac 2009 di Stadium Bandar Baru Salak Tinggi.

Lontar peluru P3 - PINGAT EMAS
Lompat jauh L3 - PINGAT GANGSA
Lontar peluru L3 - PINGAT PERAK
100 meter L3 - PINGAT PERAK
4X200 L3 - PINGAT PERAK

Tahniah untuk semua!

Mudah-mudahan ada lagi pingat pada hari terakhir.

Moto sekolah?

Buat masa ini, SK Dengkil masih belum ada moto sekolah. Jadi saya mengharapkan sesiapa di kalangan guru, ibu bapa, murid-murid atau murid-murid tua malah sesiapa saja yang sudi untuk mencadangkan MOTO SEKOLAH ini.

(jika tak dapat post di sini, boleh emel pada saya di wnfwi@yahoo.com)

Terima kasih.

Tuesday, February 24, 2009

Mesyuarat JK Laman Web






Baru-baru ini diadakan mesyuarat untuk membangunkan laman web sekolah. Mudah-mudahan segalanya berjalan lancar dengan kerjasama guru-guru. Sasaran kita laman ini akan dilancarkan pada bulan April 2009.

Friday, February 20, 2009

INFO TERKINI

Ruangan ini akan memuatkan info terkini sepanjang tahun. Ianya diharapkan menjadi satu lagi ruang untuk penyampaian maklumat.

********************************************************************************

1. 21 Feb 2009 - Sabtu

Alhamdulillah mesyuarat Agung PIBG telah selesai. Seramai 167 orang ibu bapa hadir. Segalanya berjalan lancar dan dalam suasana terkawal. Tn.Hj. Mohd Isa dilantik semula sebagai YDP bersama barisan ajk baru dan lama. Selamat menjalankan tugas dengan penuh komited demi anak-anak.

Pakej sumbangan yang dibentangkan oleh Cikgu Yati diterima semua malah dicadangkan supaya digenapkan. Terima kasih kepada semua.

InsyaAllah semua usul yang telah dan belum dijawab akan dibincangkan di dalam mesyuarat AJK nanti. Kita akan buat yang terbaik.

Mohon maaf jika ada salah silap atau terkasar bahasa.