Monday, April 27, 2009

Pra sekolah Johan Sukan Daerah sepang

Tahniah kepada 25 orang anak-anak pra sekolah serta Cikgu Anazira dan Ton juga pada PK Koku Cikgu Zu dan guru-guru lain yang sama-sama melatih mereka. Harapan agar mereka juga cemerlang dalam aspek intelek, rohani, emosi dan sosial.

Nanti Cikgu belanja makan special ya.

Tuesday, April 14, 2009

Ujian PERMATA Pintar UKM

Semua ibu bapa dan guru diharapkan dapat melawat laman web ini dan bagi peluang anak-anak kita yang berumur 9 hingga 15 tahun membuat ujian saringan di alamat berikut;

http://www.permatapintar.com.my/


Utusan Online
Sekolah diminta bantu kesan murid cerdas

KUALA LUMPUR: Jabatan Pelajaran diminta bekerjasama dengan pihak sekolah untuk memastikan murid sekolah berusia sembilan tahun hingga 15 tahun menjalani Ujian Permata Pintar, yang bertujuan mengenal pasti kanak-kanak pintar cerdas bagi mengikuti Program Permata Pintar Negara.

Penaung Program Permata Pintar Negara, Datin Seri Rosmah Mansor, berkata sejak program itu dilancarkan pada 2 Mac lalu, hanya 20,000 pelajar daripada 140,000 pelajar yang dikategorikan sebagai pintar dan cerdas di seluruh negara menjalani ujian berkenaan.

“Mengikut pakar bidang ini, dianggarkan lima peratus daripada kanak-kanak di bawah umur 14 tahun adalah kanak-kanak pintar cerdas. Ini bermakna berdasarkan jumlah penduduk Malaysia dalam lingkungan usia empat tahun hingga 10 tahun, mereka yang masuk dalam kategori itu dianggarkan berjumlah 140,000.

“Tetapi, sebahagian besar yang menjalani ujian ini pula terdiri daripada pelajar berusia 13 tahun hingga 15 tahun. Kita mahu ujian ini dilakukan semua pelajar dan tidak terhad kepada satu kaum saja.

“Justeru, kita mohon kerjasama daripada Pengarah Pelajaran Negeri serta guru di seluruh negara untuk memastikan murid terbabit mengambil Ujian Permata Pintar UKM 1 secara online sama ada di sekolah mahu pun di rumah,” katanya pada selepas melancarkan pelaksanaan Program Permata Pintar Negara, di sini, semalam.
Hadir sama, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Md Dom dan Naib Canselor UKM, Prof Datuk Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin.

Rosmah yang juga isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, setakat ini hanya 1,900 pelajar yang berjaya menamatkan ujian saringan, Ujian Permata Pintar UKM 1 dalam tempoh satu jam dengan markah tertinggi adalah 68 daripada markah penuh 140.

Beliau berkata, Ujian Permata Pintar UKM 1 membolehkan pihaknya mengenal pasti murid yang layak untuk mengikuti peringkat ujian saringan seterusnya iaitu Ujian Permata Pintar UKM 2 dan UKM 3.

Katanya, semua tiga ujian saringan yang dilaksanakan itu setara dengan ujian IQ yang diguna pakai di negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia.
“300 pelajar yang mencapai markah yang ditetapkan akan dipelawa menyertai program Perkhemahan Cuti Sekolah kendalian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada Disember depan.

“Ia bakal menjadi perkhemahan kanak-kanak pintar cerdas pertama di negara ini, yang menggunakan kurikulum pendidikan yang disediakan UKM serta Centre for Talented Youth (CTY), Universiti John Hopkins (UJH), Amerika Syarikat,” katanya.




Sumber dari Bernama Online
April 13, 2009 17:09 PM
Pelajar Bijak Dicari Untuk Program Permata Pintar Negara
KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini melancarkan Program Permata Pintar Negara bagi mencari bijak dan cerdas dari seluruh negara untuk dipupuk agar menjadi golongan intelek pada masa hadapan.

Rosmah, yang juga penaung program itu, berkata walaupun terdapat lebih 140,000 orang pelajar dalam kategori pintar dan cerdas di seluruh negara, cuma 20,000 yang tampil menjalani ujian saringan sejak program itu digerakkan pada 2 Mac lepas.

"Mereka melalui tiga ujian saringan yang dilaksanakan setara dengan ujian IQ yang diguna pakai di negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia," katanya kepada pemberita selepas melancarkan serta menyerahkan brosur pelaksanaan program itu kepada Pengarah Pelajaran Negeri di Subang Jaya dekat sini.

Rosmah berkata semua Pengarah Pelajaran Negeri diminta mengenal pasti pelajar pintar dan cerdas berumur antara sembilan dan 15 tahun untuk menjalani ujian saringan itu.

Seramai 300 pelajar yang berjaya mencapai keputusan tertinggi dalam ujian saringan itu dipilih mengikuti Program Perkhemahan dua minggu pada Disember ini di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk dilatih oleh fasilitator dalam tiga bidang iaitu Matematik, Sains dan Penulisan Kreatif.

-- BERNAMA

Thursday, April 9, 2009

Dapat rewiring

(technician JKR sedang memeriksa ncb)

Hari ganti sekolah dan perjumpaan ibu bapa

Sabtu ni 11 April adalah hari ganti persekolahan sempena cuti Hari Raya Puasa. Semua murid dikehendaki hadir pada sesi pagi.

Kepada ibu bapa yang dijemput, diharapkan dapat meluangkan masa hadir ke sekolah untuk pertemuan dengan guru kelas dan guru-guru mata pelajaran. Mudah-mudahan akan memberi manfaat kepada anak-anak kita.

Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada tuan/puan atas sokongan pada hari Sukan baru-baru ini.

(Atas arahan JPNS hari sekolah ganti ditangguh ke tarikh 25 April 2009)

Sunday, April 5, 2009

Kejohanan Sukan Tahunan

(rumah Bendahara yang segak bergaya)
(rumah Shahbandar yang gagah perkasa)
(perarakan Puteri Islam yang segak dengan uniform)
(kelihatan Cikgu Azaedah mendahului perbarisan pasukan Pengakap)
Temasya tersebut telah selesai diadakan pada 4 April 2009. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Tahniah dan terima kasih kepada seluruh warga SK Dengkil terutama guru-guru, staf dan murid-murid.